Wednesday, 8 May 2013

marble bread @ Roti marble

Assalamualaikum....

Apa khabar semua.... Raser lapar lak tadi. tengok stok-stok dalam peti, barang yang ada ngam nak buat roti. Roti yang diambil resepi dari myresipi. pembuatnya ialah onigiri. Banyak resepi yang enak untuk dicuba daripada onigiri. Roti ni memang lembut dan gebuss. ngap mase tengah panas memang sedap. Selepas sejuk pun masih lembut dan gebus. memang berbaloi lah cuba. Yaa mintak copy resepi yer..moga onigiri dimurahkan rezeki oleh Yang-Esa... =)




Bahan-bahan:

  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver ( Yaa tak pakai sebab takda dalam simpanan)
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara 

1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
 2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.  
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.  
4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.  
5. tutupkan keseluruhan adunan tadi  
6. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.  
7. letak dlm sandwish loaf.  
8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
9. siap dibakar dan sejukkan atas redai.


No comments:

Post a Comment