semalam buat blueberry muffin sbb bagi kat students sempena Tahun Baru Cina. Risau gak nak bagi dorunk sebab students lak jenis yang jujur. Kalau tak sedap dengan jujurnya cakap tak sedap...bukan nak cover-cover . Alhamdullilah dapat komen yang positif..... kembang gaklah dengar...hihi... Resepi ni senang sebab tak payah pakai mixer hanya guna whisk. Resepi ni dapat maser pergi kelas dekat happy bake tapi dah tak ingat nama chef yang ajar tu...Yaa memang suker resepi yang senang dan tak pakai mixer hehhehe. Pada sesapa yang suker mencube resepi yang senang boleh lah cube k.... =) =)
Bahan A
gula perang 150g
gula castor 150g
telur 200g (4 biji)
Bahan B
minyak jagung 300g
susu segar/susu cair 300g
* minyak dan susu disatukan dan whisk till sebati
Bahan C
tepung naik sendiri 530g
Bahan D
blueberry filling secukupnya
1. Kesemua bahan A disatukan dalam satu bekas. Pastu whisk
sampai sebati.
2. Lepas tu.... masuk bahan B ..... pastu whisk lagi sampai sekata
3. last masuk tepung sikit-sikit , whisk sampai adunan jadi
licin(tepung tu tak berketul dalam adunan). macam pic kat
bawah. Pic untuk step kat atas xder sebab luper nak snap..hihi
4. masukkan 1/4 daripada adunan dalam cup. masukkan blueberry.
lagi banyak blueberry lagi sedap...nyum.. pastu masuk adunan
lagi sampai 3/4 penuh. jangan masuk penuh sangat nanti
melimpah keluar...
5. Supaya nampak lebih menarik muffin ni...Yaa letak sikit
blueberry kat atas dan lorek guna lidi... Corak leh la ikut
cita rasa masing-masing...
6. pastu bakar 170C selama 20-25 minit.
tadaa... siap pun muffin blueberry. nak lagi sedap simpan semalaman....tp jangan masuk aisbox. biler simpan semalaman muffin ni jadi moist.... sedap n simple..... =)






No comments:
Post a Comment